I made this widget at MyFlashFetish.com.

Wednesday, April 20, 2011

Cerita Ringkas Bosan-Serius Bosan

bosan?

aku pun tak tau nk buat apa....
aku bukak fb pun terasa bosan....
aku tengok di jendela pun terasa bosan...
aku cuba mengira bintang di langit malam juga membuatkan aku terasa bosan....
apa yang harus aku buat ni....
aku terjah ke blog aku....
aku berjaya siapkan satu entry yang amat bosan ini...
hahahaha~

Thursday, April 14, 2011

Cerita Ringkas Terberak-Halangan yang bahaya semasa membuang air besar


"laparnya,huh!tak pernah aku rasa lapar sebegini!"keluh Boy yang dari tadi kelaparan.
sambil menunggu rakannya sampai,dia tidak berhenti-henti mengeluh.

5 minit kemudian,
"Boy!sorry la aku lambat sikit,aku ada meeting tadi dengan pihak atasan,aku tau kau lapar.Jum kita pergi makan."pujuk Seman yang lambat untuk makan bersama Boy.

"kau tau tak pe,aku lagi seminit lagi kau tak sampai.boleh mati kelaparan aku,hahahaha!"jelas Boy yang mahu memberitahu dia betul-betul lapar!

"Ok,disebabkan aku lambat,jum aku belanja kau makan hari ni Boy."Pujuk Seman kepada Boy.
Boy membalas dengan senyuman lebar dan sedikit ketawa kecil,"haha...ok,kita makan kat tempat biasa ok.jum!"

Sampai sahaja di tempat makan,Boy apalagi.....kelihatan tidak henti menelan air liur ketika menghadap makanan yang tersusun dihadapannya,semua jenis lauk pauk dia ingin menjamahnya.

Seman sekadar melihat gelagat Boy yang sudah lali dengan kerenah Boy,lalu menegurnya.
"Boy,kau ni makan ke melantak??semua lauk kau sental.."

"Aku lapar sangat Man,makan jelah...jangan bercakap depan rezeki.tak baik"ceramah ringkas tepat kepada Seman.

Selesai sahaja makan,Boy mengeluarkan sekotak Marlboro Light lalu mencucuh sebatang rokok tersebut.
"errrrrkkkkkkkkkkkkkkk.............
Alhamdulillah,kenyang betul aku hari ini man,
biasa la,ada orang belanja aku makan..hahahahahaha"
Boy sendawa panjang tanda kekenyangan..

selesai sahaja habis merokok,
tiba-tiba Boy tersa perutnya terasa meragam semacam.
mungkin kerana makanan yang terlalu banyak dimakannya sebentar tadi.....

"Man,tunggu jap..aku nak pergi toilet jap..perut ni meragam pulak."arah Boy,lalu bergegas laju ke tandas berdekatan.....
tanpa mengira keadaan sekeliling,
mukanya pucat lesu
Boy terus masuk ke tandas tersebut...
mungkin hampir terkeluar kot air besarnya itu...

huh!leganya....
Boy terasa amat lega sekali setelah membuang air besar tadi,
tiba-tiba!

dipusingnya kepala paip tandas tersebut,
tiada air terkeluar dari kepala paip tersebut..Boy sedaya upaya membukanya lg tanda tidak puas hati!

Pulp!
seperti ada barang jatuh dari atas,lalu..........................


BERSAMBUNG.