I made this widget at MyFlashFetish.com.

Wednesday, April 20, 2011

Cerita Ringkas Bosan-Serius Bosan

bosan?

aku pun tak tau nk buat apa....
aku bukak fb pun terasa bosan....
aku tengok di jendela pun terasa bosan...
aku cuba mengira bintang di langit malam juga membuatkan aku terasa bosan....
apa yang harus aku buat ni....
aku terjah ke blog aku....
aku berjaya siapkan satu entry yang amat bosan ini...
hahahaha~

Thursday, April 14, 2011

Cerita Ringkas Terberak-Halangan yang bahaya semasa membuang air besar


"laparnya,huh!tak pernah aku rasa lapar sebegini!"keluh Boy yang dari tadi kelaparan.
sambil menunggu rakannya sampai,dia tidak berhenti-henti mengeluh.

5 minit kemudian,
"Boy!sorry la aku lambat sikit,aku ada meeting tadi dengan pihak atasan,aku tau kau lapar.Jum kita pergi makan."pujuk Seman yang lambat untuk makan bersama Boy.

"kau tau tak pe,aku lagi seminit lagi kau tak sampai.boleh mati kelaparan aku,hahahaha!"jelas Boy yang mahu memberitahu dia betul-betul lapar!

"Ok,disebabkan aku lambat,jum aku belanja kau makan hari ni Boy."Pujuk Seman kepada Boy.
Boy membalas dengan senyuman lebar dan sedikit ketawa kecil,"haha...ok,kita makan kat tempat biasa ok.jum!"

Sampai sahaja di tempat makan,Boy apalagi.....kelihatan tidak henti menelan air liur ketika menghadap makanan yang tersusun dihadapannya,semua jenis lauk pauk dia ingin menjamahnya.

Seman sekadar melihat gelagat Boy yang sudah lali dengan kerenah Boy,lalu menegurnya.
"Boy,kau ni makan ke melantak??semua lauk kau sental.."

"Aku lapar sangat Man,makan jelah...jangan bercakap depan rezeki.tak baik"ceramah ringkas tepat kepada Seman.

Selesai sahaja makan,Boy mengeluarkan sekotak Marlboro Light lalu mencucuh sebatang rokok tersebut.
"errrrrkkkkkkkkkkkkkkk.............
Alhamdulillah,kenyang betul aku hari ini man,
biasa la,ada orang belanja aku makan..hahahahahaha"
Boy sendawa panjang tanda kekenyangan..

selesai sahaja habis merokok,
tiba-tiba Boy tersa perutnya terasa meragam semacam.
mungkin kerana makanan yang terlalu banyak dimakannya sebentar tadi.....

"Man,tunggu jap..aku nak pergi toilet jap..perut ni meragam pulak."arah Boy,lalu bergegas laju ke tandas berdekatan.....
tanpa mengira keadaan sekeliling,
mukanya pucat lesu
Boy terus masuk ke tandas tersebut...
mungkin hampir terkeluar kot air besarnya itu...

huh!leganya....
Boy terasa amat lega sekali setelah membuang air besar tadi,
tiba-tiba!

dipusingnya kepala paip tandas tersebut,
tiada air terkeluar dari kepala paip tersebut..Boy sedaya upaya membukanya lg tanda tidak puas hati!

Pulp!
seperti ada barang jatuh dari atas,lalu..........................


BERSAMBUNG.          


Thursday, March 31, 2011

Cerita Ringkas Cinta-Adakah Cinta Itu Sesuatu Yang Ringkas?



Entri baru ini agak berbeza dengan entri yang sebelum ini.Mungkin entri ini satu entri yang agak SPECIAL sikit.Mari aku ringkaskan cerita.


Bagi aku,cinta ini tersangatlah subjektif,mungkin kerana cinta ini berkenaan hati dan perasaan.Tapi jika difikirkan melalui sains,(hati mempunyai pelbagai fungsi termasuk menyimpan glikogen, mensintesis protein plasma, dan menyahtoksik dadah. Ia menghasilkan hempedu yang penting bagi penghadaman. Ia melaksana dan mengawal pelbagai fungsi biokimia jumlah besar yang memerlukan tisu khas.)




Jadi,apakah kepentingan hati dalam cinta?apakah sebenarnya yang membuatkan kita jatuh cinta?bagaimana pula dengan akal fikiran?


Pada pandangan aku,akal fikiran sebenarnya yang menentukan cinta itu,kerana akal fikiran tempat manusia menterjemah apa yang mereka lihat,apa yang mereka rasa dan sebagainya.


Jika dilihat skop Islamiah pula,hati memainkan peranan penting dalam kehidupan.Pada pandangan aku,hati yang suci,bersih,apabila akal berfikir dengan baik,bijaksana disamping dekat disamping yang Maha Esa.


Akan tetapi tetap akal yang menjadi medium utama dalam menentukan segalanya.kerana melalui akal,kita menentukann segala perbuatan kita.Jika elok perkara yang kita fikir elok lah perkara yang dilakukan.




Sama pula dengan cinta,kita yang menentukan sesebuah cinta tersebut.Siapa yang ingin kita cinta?,sejauh mana cinta kita itu,apakah niat kita bercinta?,apakah matlamat cinta kita?dan sebagainya.kita yang menentukan cinta  itu sebenarnya.


Aku rasa jika nak bercakap mengenai cinta tidak akan ada noktahnya.cerita cinta yang tiada ringkasnya.entri ini mungkin cubaan untuk aku berkongsinya bersama-sama dan mungkin sekali ada cerita mengenai diri aku.Terima kasih.



Tuesday, March 29, 2011

Cerita Ringkas Teh-Dipecat Kerana Minum Teh.

Manchester-seorang pekerja sebuah syarikat koperasi,James Alden,47,dipecat kerana membuat air teh menggunakan teh Lady Grey iaitu bukan produk tah yang dijual oleh majikannnya.

Dia yang sudah bekerja selama 11 tahun di kedai yang terletak di West Didsbury juga pernah dipanggil untuk menghadiri mesyuarat disiplin selepas beberapa orang pegawai menjumpai dua kotak tah Twinings di kantin yang sama.

4 tahun lalu dia dianggap hero kerana berjaya menangkap seorang perompak bersenjata di kedai tersebut dan beliau juga sebagai pekerja contoh kerana tidak pernah datang lewat ke tempat kerja.Tetapi sekarang beliau telah dipecat kerana teh yang dibuatnya.

Cerita Ringkas Mencuri-Gadis Bertudung Cari Kerja Untuk Mencuri.

Gadis berusia 25 tahun menggunakan taktik memohon kerja sebagai jurujual di premis menjual telefon bimbit dan sebuah kedai gambar di Shah Alam,Selangor untuk mencuri barang-barang berharga di tempat dia bekerja.

Selepas diterima bekerja di premis tersebut,suspek terbabit mencuri telefon bimbit,kad telefon dan sejumlah wang pada hari pertama dia bertugas sebelum menghilangkan diri.

Dengan bermodalkan gaya bertudung dan sifat yang lemah lembut,gadis tersebut amat licik setelah diterima bekerja dengan mudah sebelum menghilangkan diri bersama-sama barang yang dicurinya.

Monday, March 28, 2011

nafas baru....

tup tap tup tap...
sedar tak sedar sudah beberapa lama aku
tidak mengupdate blog.
bukan hangat-hangat tahi ayam..
tapi keadaan masa yang amat mencemburui aku.

mungkin aku harus memanfaatkan masa dengan lebih bijak lagi 
atau aku harus memyusun masa aku dengan lebih baik lagi 
agar blog aku ini masih bernafas.

hari ini aku mula untuk memberi nafas yang lebih baik dari semalam disini!
entri-entri yang akan aku kongsi akan menjadi lebih manfaat,mahupun memberi kesan kepada mereka yang membacanya.

tapi yang penting bagi diriku.hanyalah kepuasan untuk diri sendiri disini.
bukanlah untuk mencari pulisiti yang tidak berkualiti.terima kasih.

Thursday, March 10, 2011

Masjid Terapung (Masjid Tengku Tengah Zaharah)

Pada minggu lepas sempat singgah di Kuala Terengganu dan mengambil beberapa gambar di sini dalam keadaan yang kekurangan masa.Kecewa sedikit apabila kualiti gambar agak kurang baik apabila diupload disini.