I made this widget at MyFlashFetish.com.

Thursday, March 31, 2011

Cerita Ringkas Cinta-Adakah Cinta Itu Sesuatu Yang Ringkas?



Entri baru ini agak berbeza dengan entri yang sebelum ini.Mungkin entri ini satu entri yang agak SPECIAL sikit.Mari aku ringkaskan cerita.


Bagi aku,cinta ini tersangatlah subjektif,mungkin kerana cinta ini berkenaan hati dan perasaan.Tapi jika difikirkan melalui sains,(hati mempunyai pelbagai fungsi termasuk menyimpan glikogen, mensintesis protein plasma, dan menyahtoksik dadah. Ia menghasilkan hempedu yang penting bagi penghadaman. Ia melaksana dan mengawal pelbagai fungsi biokimia jumlah besar yang memerlukan tisu khas.)




Jadi,apakah kepentingan hati dalam cinta?apakah sebenarnya yang membuatkan kita jatuh cinta?bagaimana pula dengan akal fikiran?


Pada pandangan aku,akal fikiran sebenarnya yang menentukan cinta itu,kerana akal fikiran tempat manusia menterjemah apa yang mereka lihat,apa yang mereka rasa dan sebagainya.


Jika dilihat skop Islamiah pula,hati memainkan peranan penting dalam kehidupan.Pada pandangan aku,hati yang suci,bersih,apabila akal berfikir dengan baik,bijaksana disamping dekat disamping yang Maha Esa.


Akan tetapi tetap akal yang menjadi medium utama dalam menentukan segalanya.kerana melalui akal,kita menentukann segala perbuatan kita.Jika elok perkara yang kita fikir elok lah perkara yang dilakukan.




Sama pula dengan cinta,kita yang menentukan sesebuah cinta tersebut.Siapa yang ingin kita cinta?,sejauh mana cinta kita itu,apakah niat kita bercinta?,apakah matlamat cinta kita?dan sebagainya.kita yang menentukan cinta  itu sebenarnya.


Aku rasa jika nak bercakap mengenai cinta tidak akan ada noktahnya.cerita cinta yang tiada ringkasnya.entri ini mungkin cubaan untuk aku berkongsinya bersama-sama dan mungkin sekali ada cerita mengenai diri aku.Terima kasih.



1 comment:

  1. Rasa cinta itu Allah yang beri.
    dan hati itu Allah yang pegang.
    ~Quartet~

    ReplyDelete