I made this widget at MyFlashFetish.com.

Wednesday, April 20, 2011

Cerita Ringkas Bosan-Serius Bosan

bosan?

aku pun tak tau nk buat apa....
aku bukak fb pun terasa bosan....
aku tengok di jendela pun terasa bosan...
aku cuba mengira bintang di langit malam juga membuatkan aku terasa bosan....
apa yang harus aku buat ni....
aku terjah ke blog aku....
aku berjaya siapkan satu entry yang amat bosan ini...
hahahaha~

Thursday, April 14, 2011

Cerita Ringkas Terberak-Halangan yang bahaya semasa membuang air besar


"laparnya,huh!tak pernah aku rasa lapar sebegini!"keluh Boy yang dari tadi kelaparan.
sambil menunggu rakannya sampai,dia tidak berhenti-henti mengeluh.

5 minit kemudian,
"Boy!sorry la aku lambat sikit,aku ada meeting tadi dengan pihak atasan,aku tau kau lapar.Jum kita pergi makan."pujuk Seman yang lambat untuk makan bersama Boy.

"kau tau tak pe,aku lagi seminit lagi kau tak sampai.boleh mati kelaparan aku,hahahaha!"jelas Boy yang mahu memberitahu dia betul-betul lapar!

"Ok,disebabkan aku lambat,jum aku belanja kau makan hari ni Boy."Pujuk Seman kepada Boy.
Boy membalas dengan senyuman lebar dan sedikit ketawa kecil,"haha...ok,kita makan kat tempat biasa ok.jum!"

Sampai sahaja di tempat makan,Boy apalagi.....kelihatan tidak henti menelan air liur ketika menghadap makanan yang tersusun dihadapannya,semua jenis lauk pauk dia ingin menjamahnya.

Seman sekadar melihat gelagat Boy yang sudah lali dengan kerenah Boy,lalu menegurnya.
"Boy,kau ni makan ke melantak??semua lauk kau sental.."

"Aku lapar sangat Man,makan jelah...jangan bercakap depan rezeki.tak baik"ceramah ringkas tepat kepada Seman.

Selesai sahaja makan,Boy mengeluarkan sekotak Marlboro Light lalu mencucuh sebatang rokok tersebut.
"errrrrkkkkkkkkkkkkkkk.............
Alhamdulillah,kenyang betul aku hari ini man,
biasa la,ada orang belanja aku makan..hahahahahaha"
Boy sendawa panjang tanda kekenyangan..

selesai sahaja habis merokok,
tiba-tiba Boy tersa perutnya terasa meragam semacam.
mungkin kerana makanan yang terlalu banyak dimakannya sebentar tadi.....

"Man,tunggu jap..aku nak pergi toilet jap..perut ni meragam pulak."arah Boy,lalu bergegas laju ke tandas berdekatan.....
tanpa mengira keadaan sekeliling,
mukanya pucat lesu
Boy terus masuk ke tandas tersebut...
mungkin hampir terkeluar kot air besarnya itu...

huh!leganya....
Boy terasa amat lega sekali setelah membuang air besar tadi,
tiba-tiba!

dipusingnya kepala paip tandas tersebut,
tiada air terkeluar dari kepala paip tersebut..Boy sedaya upaya membukanya lg tanda tidak puas hati!

Pulp!
seperti ada barang jatuh dari atas,lalu..........................


BERSAMBUNG.          


Thursday, March 31, 2011

Cerita Ringkas Cinta-Adakah Cinta Itu Sesuatu Yang Ringkas?



Entri baru ini agak berbeza dengan entri yang sebelum ini.Mungkin entri ini satu entri yang agak SPECIAL sikit.Mari aku ringkaskan cerita.


Bagi aku,cinta ini tersangatlah subjektif,mungkin kerana cinta ini berkenaan hati dan perasaan.Tapi jika difikirkan melalui sains,(hati mempunyai pelbagai fungsi termasuk menyimpan glikogen, mensintesis protein plasma, dan menyahtoksik dadah. Ia menghasilkan hempedu yang penting bagi penghadaman. Ia melaksana dan mengawal pelbagai fungsi biokimia jumlah besar yang memerlukan tisu khas.)




Jadi,apakah kepentingan hati dalam cinta?apakah sebenarnya yang membuatkan kita jatuh cinta?bagaimana pula dengan akal fikiran?


Pada pandangan aku,akal fikiran sebenarnya yang menentukan cinta itu,kerana akal fikiran tempat manusia menterjemah apa yang mereka lihat,apa yang mereka rasa dan sebagainya.


Jika dilihat skop Islamiah pula,hati memainkan peranan penting dalam kehidupan.Pada pandangan aku,hati yang suci,bersih,apabila akal berfikir dengan baik,bijaksana disamping dekat disamping yang Maha Esa.


Akan tetapi tetap akal yang menjadi medium utama dalam menentukan segalanya.kerana melalui akal,kita menentukann segala perbuatan kita.Jika elok perkara yang kita fikir elok lah perkara yang dilakukan.




Sama pula dengan cinta,kita yang menentukan sesebuah cinta tersebut.Siapa yang ingin kita cinta?,sejauh mana cinta kita itu,apakah niat kita bercinta?,apakah matlamat cinta kita?dan sebagainya.kita yang menentukan cinta  itu sebenarnya.


Aku rasa jika nak bercakap mengenai cinta tidak akan ada noktahnya.cerita cinta yang tiada ringkasnya.entri ini mungkin cubaan untuk aku berkongsinya bersama-sama dan mungkin sekali ada cerita mengenai diri aku.Terima kasih.



Tuesday, March 29, 2011

Cerita Ringkas Teh-Dipecat Kerana Minum Teh.

Manchester-seorang pekerja sebuah syarikat koperasi,James Alden,47,dipecat kerana membuat air teh menggunakan teh Lady Grey iaitu bukan produk tah yang dijual oleh majikannnya.

Dia yang sudah bekerja selama 11 tahun di kedai yang terletak di West Didsbury juga pernah dipanggil untuk menghadiri mesyuarat disiplin selepas beberapa orang pegawai menjumpai dua kotak tah Twinings di kantin yang sama.

4 tahun lalu dia dianggap hero kerana berjaya menangkap seorang perompak bersenjata di kedai tersebut dan beliau juga sebagai pekerja contoh kerana tidak pernah datang lewat ke tempat kerja.Tetapi sekarang beliau telah dipecat kerana teh yang dibuatnya.

Cerita Ringkas Mencuri-Gadis Bertudung Cari Kerja Untuk Mencuri.

Gadis berusia 25 tahun menggunakan taktik memohon kerja sebagai jurujual di premis menjual telefon bimbit dan sebuah kedai gambar di Shah Alam,Selangor untuk mencuri barang-barang berharga di tempat dia bekerja.

Selepas diterima bekerja di premis tersebut,suspek terbabit mencuri telefon bimbit,kad telefon dan sejumlah wang pada hari pertama dia bertugas sebelum menghilangkan diri.

Dengan bermodalkan gaya bertudung dan sifat yang lemah lembut,gadis tersebut amat licik setelah diterima bekerja dengan mudah sebelum menghilangkan diri bersama-sama barang yang dicurinya.

Monday, March 28, 2011

nafas baru....

tup tap tup tap...
sedar tak sedar sudah beberapa lama aku
tidak mengupdate blog.
bukan hangat-hangat tahi ayam..
tapi keadaan masa yang amat mencemburui aku.

mungkin aku harus memanfaatkan masa dengan lebih bijak lagi 
atau aku harus memyusun masa aku dengan lebih baik lagi 
agar blog aku ini masih bernafas.

hari ini aku mula untuk memberi nafas yang lebih baik dari semalam disini!
entri-entri yang akan aku kongsi akan menjadi lebih manfaat,mahupun memberi kesan kepada mereka yang membacanya.

tapi yang penting bagi diriku.hanyalah kepuasan untuk diri sendiri disini.
bukanlah untuk mencari pulisiti yang tidak berkualiti.terima kasih.

Thursday, March 10, 2011

Masjid Terapung (Masjid Tengku Tengah Zaharah)

Pada minggu lepas sempat singgah di Kuala Terengganu dan mengambil beberapa gambar di sini dalam keadaan yang kekurangan masa.Kecewa sedikit apabila kualiti gambar agak kurang baik apabila diupload disini.







Monday, February 14, 2011

apa pasat?kenapa pasat?itu pasat la....

weng...................!
brommmm............!
jeng........................!
pet.....pet....................!
deruman beberapa motosikal berderu laju di highway berdekatan....

mak ai!
superman...
badman.....
cicakman....semua ada........
aksi yang merbahaya aku saksikan sebentar tadi....
 persoalannya?

adakah mereka ingat akan apakah peristiwa maulidur rasul hari ini??
kenapa begini jadinya?
adakah mereka turut merasai peristiwa maulidur rasul tika ini...?
dimana kesedaran kita sebagai islam?

sekadar kita mengingati peristiwa ini sudah mencukupi...
lupakan pelumba-pelumba jalan raya tadi....
doakan mereka yang baik-baik belaka...

dan....sedekahkan al fatihah kepada junjungan kita
Nabi Muhammad S.A.W 
serta selawat keatas nabi.

semoga kita sentiasa mengikuti jejaknya...
serta menjadi umatnya yang diredhai Allah,
dunia dan akhirat,
amin~


zaman kanak-kanak yang lalu.

ko main tipu ke meme?
aku tak main tipu la...
betul la aku belum jalan lagi ni.tadi dia yang jalan..
(main Dam Ular)
habis aku yang kene turun balik..
ni yang bengang ni...
meme main tipu la!

aku tak main tipu la.sumpah!
ok2 kalau ko tipu ko berdose!
betul la..tak percaya,
sumpah...
alif lam lam ha...
ha...
tak kan aku tipu kot!

malas la main dam ni.
dia ni dah kalah tuduh aku main tipu pulak.
aku nak pergi umah alip..
nak main polis sentri dgn depa!

Saturday, February 12, 2011

sedih.

Hari ini aku sedih.....
kenapa pulak???
hari ni aku tengok dia,dia tak bermaya je.....
hmmmmm........selalu dia happy je kalau nampak aku datang.....

aku mulai binggung lalu memerhatinya beberapa seketika...
aduh,hati aku berdegup kencang...
apa kesalahan yang aku sudah buat pada dia...???
dia pula memalingkan muka lalu duduk di satu sudut tanpa ingin melihat aku...

aku mula cemas....
baru aku ingat,
aku belum bg makan lagi hamster aku ni...
patutla macam nak pengsan je....
meh....meh....
kita makan puas-puas ye....

ni ada KFD untuk u!
jangan merajuk lagi ye lepas ni.

Thursday, February 10, 2011

TREND C.I.N.TA. ABAD KE-20

Cinta??
cinta memang tak dapat dipisahkan dengan manusia...
rasa cinta membuatkan manusia bahagia,gembira,sedih,dan perasaan lain yang bercampur baur.
Tetapi kala ini mahu aku berbincang mengenai cinta yang aku perhatikan melalui pemerhatian peribadi aku ini pada masa,abad,dekad,kurun,zaman,sekarang....



ragam si wanita- "i kan kalau i nak cari boyfriend (bf) i nak yang kaya,handsome,romantik,yang ada class!yang high class taw"tak nak yang low class ni..yerrrkkkkk!geli....lagi pun boleh ke diaorang ni nak bawak i shopping Gucci,Prada,etc my favourite branded brand kn?Bf i mesti la spend time with me n selalu bawak i pergi melancong and have a nice day with him together...baru la membuktikan cinta namanya.




ragam si lelaki-"hai u,u cantik la.....i Daniel (bukan nama sebenar) u?,i tertarik la dengan u,ada gaya....rambut u cantik..cutting u pun wow!OMG u are very sexy!excellent,by the way i anak Datuk W.This my new car (sambil menuding jari ke arah sebuah Lamborghini Gallardo didalam telefon bimbitnya...) ermmmm...u boleh dance?common join me malam minggu i selalu lepak @#$%club..VIP class,we can get some fun there!and u can be my girlfriend..tak lah i malu dgn kawan i.bawak u mesti kawan-kawan i telan air liur!





ragam kedua-duanya:
"sayang....
yes honey,
malam ni kita stay rumah honey ok,
im really miss u sayang...
dah berape hari kita tak spend time sama-sama kan sayang...
ok honey,miss u too...(very excited)
i will 'prove' to u honey that sayang really love u tonight...
dan mereka pun....

here sayang,give me a hug!
and i want to kiss your lips~
(di kawasan taman KLCC)



Cinta tidak pernah salah.
Cuma manusia yang mampu menentukan cinta pilihannya dan ke mana arah cintanya.
Harapan aku,agar pembaca termasuk diri aku sendiri jauh dari perkara yang mampu memusnahkan cinta yang suci.
(aku lebih selamat,aku tak bercinta taktala ini.anda harus berhati-hati dengan langkah anda.berfikir secara rasional dan ikhlas dalam cinta!)

Aktiviti menembak gambar ketika ada masa terluang.


Antara gambar-gambar yang aku sempat kongsi bersama.Banyak gambar lagi yang aku mahu kongsikan bersama tetapi terlalu banyak hingga kan aku terpaksa memilaih secara rawak.Tidak sehebat jurufoto berstatus professional namun sekadar hobi disamping melakukan aktiviti yang bermanfaat.sila beri tunjuk ajar dan nasihat serta komen yang membantu.Terima kasih!



                                                          merokok?mana ada gaya!

                                                                      Isma Zulhairey

 Izham Razak

panorama 1
                                                                                    
panorama 2

panorama 3

budjet handsome!


slow shutter

melintas dengan selamat janagn jadi sepeti ayam!


Hakimi Said

merenung jauh ke tasik yang membiru.


 panorama 4

under the bridge (picture wall)

Tuesday, February 8, 2011

cool down or hot up?

sejak belakangan ini aku rasa tertekan je....
aku pun tak tau apa masalahnya....
masalah punya la banyak....
masalah dalaman,luaran,tepian.....

yang paling aku tak faham,
aku ada masalah tapi aku sendiri tak tahu apakah masalah sebenar....
tapi masalah tu memang membelenggu aku....
tapi aku ada jalan yang terbaik iaitu....

diamkan diri....
fikir dengan positif,
luangkan masa untuk perkara yang menggembirakan....
berdoa pada yang Esa,

dan cuba tenang dalam menyelesaikan masalah....
harap ianya akan berjaya....
aku akan beri yang terbaik untuk semua orang....
tinggal hanya semua orang pula yang akan beri yang terbaik pada aku!

semoga anda semua gembira dan sentiasa mampu menyelesaikan masalah dengan cara yang terbaik
kerana masalah akan datang dan pergi...
senyum untuk semua =)

my teacher!

aku dikala ini ada kelas english bersama rakan-rakan.....
kali ini mengenai oral....
semua mengenai percakapan dan antaranya cara bercakap yang sopan didalam english..

miss aku ni pun ajar lah semua rakan aku ni....
termasuk aku,
banyak yang aku pelajari untuk menguasai pembelajaran berikut....
tapi ada segelintir rakan aku yang kurang menguasai english bahasa penjajah ini

dan inilah masa yang tepat untuk belajar dan menguasainya....
tetapi.....
dalam proses pembelajaran dan pengajaran ini.....
miss sering melenting dan marah yang aku rasakan kurang sesuai....
dan banyak cara lain untuk memberi kesan yang terbaik dalam proses pengajaran.
mmmmmmmm......

mungkin fed up dgn feedback yang slow dari pelajar yang lemah tadi...
adakah sewajarnya begitu?

aku rasa cara miss itu agak tidak sesuai..
tambahan pula ketika sesi pembelajaran...
miss turut mengajar mengenai bagaimana cara yang beradab dan sopan melalui penggunaan dlm english!
tetapi beliau sendiri tidak mempraktikkannya...

p/s: kesian rakan-rakan aku,harap banyakkan bersabar dan harap miss sedar akan perlakuannya.

Thursday, January 27, 2011

!!!!!!

minggu ni aku langsung tak ada masa!

aku asyik tercongok menyiapkan design yang asyik direject!

paling tension aku tak dapat tidur hingga ke pagi!

paling hebat sekali aku tak dapat nak mengupdate blog!

tapi..................

esok cuti!

aku nak balik rumah!

dan melepaskan segala tekanan yang dihadapi selama ini!

that is what we call life!!

Wednesday, January 12, 2011

ZzzZZZzzzzZ


Aku sekarang ni ada satu  masalah yang membuatkan aku betul-betul bingung dan sangsi!
masalahnya aku cepat rasa mengantuk dan nak tertidur lain dari orang lain.

Aku rasa aku ada masalah dengan jadual tidur aku,mata aku,akal aku semua perkara lah.
Sekarang ini aku rasa mengantuk sepanjang masa.

Yang paling aku tak suka time aku nak online dan nak update blog aku,aku akan rasa.....
ZzzzzzzzzzzzzzzZzzzzzzzzzzzzzzZzzzzzzzzzzzzz
ZzzzzzzzzZzzzzz
Zzzzz!



you only live once

Oooooh
Some people think they're always right
Others are quiet and uptight
Others they seem so very nice nice nice nice nice oh oh
Inside they might feel sad and wrong
Oh no
29 different attributes
And only 7 that you like, uh oh
20 ways to see the world, oh oh
Or 20 ways to start a fight
Oh, don't, don't, don't
Get up
I can't see the sunshine
I'll be waiting for you baby
'Cause I'm through
Sit me downShut me up
I'll calm down
And I'll get along with you
Ooooooo-ooooo-ooooooh
Oh, men don't notice what they got
Women think of that a lot
1000 ways to please your man oh oh
Not even one requires a plan.
I knowCountless odd religions too
It doesn't matter which you choose
One stubborn way to turn your back
This I've tried, and now refuse
Oh don't don't don't
Get upI can't see the sunshine
I'll be waiting for you, baby
'Cause I'm throughSit me down
Shut me upI'll calm down
And I'll get along with you
Alright..
Shut me up
shut me up up up up up
And I'll get along with you..

Trip Memancing 1.

Barang-barang semua dah siap?rod mancing ada berapa?
aku ingat nak pergi area Banting la.....
area Tanjung Sepat ke....Morib ke....macam best!

Enjin kereta pun di start.....
barang-barang pula telah siap disediakan
semua alatan memancing tersusun rapi didalam hud belakang kereta.

Perjalan dimulakan dengan memasuki Highway Kuala Lumpur-Johor Bahru.
Setengah jam menaiki kereta papan tanda ke Banting masih belum nampak......
"mi,aku rasa kita dah terlajak ni,tak pun salah jalan ni!"
sekarang dah area Nilai!
kompem kita dah terlajak!

semua rakan lain terdiam,
"macam mana ni?"
"emmmm,apakata kita pergi Port Dickson?!"
"ok jugak tu....."
semua menganggukkan kepala tanda setuju...
hilang sudah masalah yang tadinya bermain di fikiran....

Bermula lah perjalanan baru ku Port Dickson.....
setibanya di sana kami semua terkial-kial mencari port yang sesuai untuk memancing.
kami singgah di sebuah Petronas sebentar,untuk menunaikan solat asar dan sambung berbincang semula...

setelah siap menunaikan solat,terpandang seorang abang yang sedang asyik menghembuskan asap rokoknya
mungkin sejuk agaknya kerana cuaca agak mendung.rasanya inilah modal untuk bertanyakan port memancing yang sesuai..

"Abang kat sini mana port orang selalu mancing?"
"kat sini?"
"kalau adik nak mancing area Port Dickson ni susah la dik.ikan tak banyak sangat area ni"
"nanti kau mancing kt sini,kau tengok kawan kau....kawan kau tengok kau,bosan sebab ikan tak ada area sini"
abang cadangkan adik pergi ke rumah api dekat dengan unity
area situ banyak ikan,ada macam pondok adik boleh berteduh kat sana.

sebelum bertolak ke tempat yang dinyatakan,kami semua pergi mencari gerai yang menjual umpun-umpun untuk dijadikan umpan.....
"hah!tu pun gerai jual umpun-umpun!"
seorang budak kecil membawa umpun-umpun didalam plastik beg berharga Rm5 seplastik.
"weh nak berapa ni umpun-umpun ni?"
mmmmmm.....
semua lah...haha,mana tau banyak ikan sana nanti takut tak cukup pulak nanti.
semuanya berharga Rm40.



dipendekkan ceritanya,smapai ke destinasi yang diterangkan tadi,
setelah melabunhkan joran kedalam air,

tet.....tet......tet.......
sebuah bot nelayan sedang melabuhkan pukatnya tidak jauh di hadapan kami.
kami semua tercengang!macam mana nak mancing ni?

kawan-kawan aku yang lain turut berang sama dan mengambil tindakan untuk pergi ke tempat lain!
setelah bertanya kepada penduduk tempatan,
seorang abang mencadangkan kami pergi ke ALAM.

"alah,adik tak jauh pun sekilo dua je dari sini...sana pun tempat ramai orang mancing"
kami pun bergegas kesana...
"ini abang tu cakap sekilo dua?"
"ni dah berkilo-kilo dah ni woi!"

tiba-tiba terpandang papan tanda
Selamat Datang Ke Melaka.
"hah?Melaka?weh kita ni dah jauh ni....."
"plan nak ke banting,tapi sampai ke Melaka ni"
kami semua ketawa besar...hahahaha.


Wednesday, January 5, 2011

Pencuci muka saya

bro....tengok muka gua,licin tak?
haha....licin kan?gua baru beli pencuci muka cap X yang kuar dalam Tv tu mahal bro!
gua rasa macam artis pulak ni...


eh lu pakai pakai pencuci muka apa pulak?
muka lu pun nampak licin,bersih,suci......
lu pakai Shurah ea tak pun kau pakai detergent?hahahaha....

eah takde la kawan...
aku tak pakai pencuci muka pun la kawan...

habis ko pakai ape?
aku pakai air sembahyang je..amik wuduk time nk solat.