I made this widget at MyFlashFetish.com.

Tuesday, March 29, 2011

Cerita Ringkas Mencuri-Gadis Bertudung Cari Kerja Untuk Mencuri.

Gadis berusia 25 tahun menggunakan taktik memohon kerja sebagai jurujual di premis menjual telefon bimbit dan sebuah kedai gambar di Shah Alam,Selangor untuk mencuri barang-barang berharga di tempat dia bekerja.

Selepas diterima bekerja di premis tersebut,suspek terbabit mencuri telefon bimbit,kad telefon dan sejumlah wang pada hari pertama dia bertugas sebelum menghilangkan diri.

Dengan bermodalkan gaya bertudung dan sifat yang lemah lembut,gadis tersebut amat licik setelah diterima bekerja dengan mudah sebelum menghilangkan diri bersama-sama barang yang dicurinya.

1 comment:

  1. ni yg risau, org tak pcya lagi pada org lain.. sedgkan kita ikhlas nk kerja, bukan nk mencuri. Nk kerja dapat sumber yg halal.

    ReplyDelete